Friday, February 4, 2011

Ciri-ciri lelaki yg tak best langsung


nota : Entri ni ditulis oleh seorang perempuan, aku saja men’copy’ sebab kelako! mcm muke pak Lebai kat atas nih! HAHA
Entri ni equal je dgn perempuan! tukar je lelaki tu ke perempuan.
•Dah ada dua GF, tapi menggatal lagi
Bila korang tegur “weh ko kan da ada awek, takkan  nak pasang lagi” dia siap cakap “ala boleh jadi yang ketiga” caihh! lepas tu kalau bab kawen mula lah cakap pasal sunnah nabi kan, padahal dia sendiri pun tak mampu nak tanggung bini-bini dia. Bini dia yang tanggung dia. Sebab tu lah pasang sampai 4. Supaya menambah keyakinan dia disara bini-bini 4 orang. apa ke nama laki macam ni.
•Dia je lah yang betul!
Geng ni mensakitkan hati dan naluri aku. Memang dia je lah yang betul.. Kau bagi lah hadith ke, apa2 bukti kukuh yang korang betul. takde takde dia tetap betul. Korang mana pernah betul. Kalau korang share status kat profile FB korang, ada je lah muka dia sekali nak comment, comment bajet macam betul pulak tu..dia keluar ayat sastera, padahal korang lagi tahu diri  korang daripada dia. sakit hati kan?
•Kuat mengutuk
Bab kutuk dia lah no 1. nak kutuuuuk je keje dia. perempuan ke lelaki ke.. semua dia tibai. ni pun sebenarnya ketegeri bajet hebat jugak..tp 20% lagi teruk. Kadang2 dia kutuk lelaki lain depan korang macam konon dia tu macho gila lah.
•Merendah2 kan korang
Korang bertungkus lumus kerja..korang mungkin software engineer kat pejabat korang. Dia cakap korang tahap2 kerani je. Lepas tu dalam bab memberi informasi dia selalu ingat korang tak tau apa2.
•Poyo
Geli aku kalau dah poyo sangat. kalau bab dressing, erkk kuasa dua nak muntah dengan ray -ban tak macam ray-ban. dengan kolar baju terangat..jalan terhencot2. kalau bercakap pun cover hensem.. cool dude cool….
•Blur
Kalau blur sangat pun susah. Dia nak buat apa pun dia tak tau. nak pegi mana pun dia tak tau. kalau keluar makan, nak makan apa pun tak tau. dah tu semua nya tak tau. BOSAN. Jangan risau, dia susah nanti dia cari korang tapi kalau korang susah, korang nak cari dia pun tak tau  kat mana nak cari.
•Berkepit je keje
Kadang2 korang rasa geram, macam lah korang gantung handphone kat leher. SMS= WAJIB BALAS! CALL= WAJIB ANGKAT! ko tengok, wajib tu. berdosa besar tak buat. suka suka hati je. hadui! susah lah macam ni. mau 4 hari merajuk kalau tak balas. tu belum masuk bab korang tak balas ‘i love u toooo’  mau dia hantar sms ugutan nak tinggal korang atau buat ayat sedih 5 harakat. Kadang2 kalau manja sangat, si GF rasa macam dia pulak BF.
•Syok sendiri
Kalau call dia cerita pasal diri dia je. Korang memang takde chance nak bercakap. Kiranya kalau geng macam ni call korang, korang boleh letak phone bawah bantal.. atau buaat loud speaker pastu korang pegi lah memasak, tengok tv. pastu korang datang balik.. dengar dia tak habis cakap lagi.
•Tak faham2 bahasa
Korang taknak kawan dengan dia..atas sebab2 tertentu..mungkin gabungan faktor2 di atas tapi dia naaaak sangat. korang taknak lah bagitau the truth macam ‘kitew sebenarnyew tak sukew kawan dengan awaq’ tapi korang takut dia kecik hati pegi bunuh diri, atau pegi santau korang. Jadi korang tak layan sms dia, call dia. tapi dengan tanpa kemaluan dia sungguh tidak malu siap mintak alamat rumah korang nak datang beraya nanti katanya. dah berbulan tak pernah layan pun dia masih tanpa segan silu kental jiwa dan raga nak berkawan katanya. susah.
•Belagak alim
Selepas dia banyak baca kat belog2 ataupun comment artis2 nak suami yang BERIMAN. semenjak tu lah dia sungguh beriman..tapi beriman mulut je. Dia sembahyang..tapi sembahyang  jumaat je lah.. tu pun kalau dia rasa rajin..
•Panas baran
Risau aku dapat laki panas baran. satni dia bagi pelempang. terbang aku.
aku suka la tgk muka Mr. Bean tu! 

No comments:

Post a Comment